Friday, November 2, 2012

dirisik

"tak sangka semalam dalam kesibukan diri, ada orang merisik saya lagi"

[saya tahu UBi tak tahu hal ini, perancangan Allah sangat teliti dan seolah-olah diatur pertemuan saya dengan insan ini (perisik). hati saya jadi tidak keruan kerana ditanya oleh seorang insan (perisik) yang sangat saya hormati. kini, saya takut risikan ini akan menjadi kenyataan. saya belum bersedia. sebab itu saya asingkan blog ini dapat blog asal saya, saya juga telah mematikan senarai pengikut blog ini. saya tidak mahu pembaca mengenali diri saya dalam blog ini dan saya juga tidak mahu mengenali pembaca blog ini. bukan apa UBi, saya rasa malu untuk kenal siapakah UBi, cukuplah sekadar gelaran UBi, aku tak perlu tahu nama mu kecuali setelah saya benar-benar bersedia]

hal risikan ini sangat banyak UBi. terasa perigi cari timba sudah bukan perkara yang pelik, malah itu lebih baik bagi si perempuan. perempuan tidak perlu memendam rasa, tidak perlu menyimpan cemburu. sampaikan pada orang tengah (yang si perempuan ini percaya dan yakin) untuk dia merisik. setakat ini saya hampir dirisik oleh sepuluh orang tengah yang bertanya tentang persediaan diri ke alam perkahwinan.

1. naqib seusrah bertanya selepas solat terawih tahun lepas.
2. staf UKM bertanya umurku untuk adiknya di kafe FST.
3. kawan sepengajian di KMNS yang bakal bernikah, berchat di facebook.
4. pemimpin sebuah persatuan di UKM yang sudah berkahwin juga bertanya bagi pihak kawan isterinya.
5. tidak ku kenali di Facebook mengirim profil FB kawannya yang dirasakan sangat sesuai untuk saya (agak drastik)
6. perbualan dengan seorang kawan pensyarahku semasa majlis doa selamat di rumahnya.
7. Nekngah bertanya melalui umi hasrat hati untuk merapatkan hubungan kembali.
8. senior di FST SMS saya.
9. abang angkat beria-ia nak mencarikan pasangan untuk saya.
10. ibu kepada anak murid bertanya melalui facebook.

soalan mereka hampir sama, mereka menghormati aku dan aku juga menghormati mereka. setiap kali itu juga aku melarang keras mereka untuk beritahu siapa nama UBi. ini demi kemaslahatan bersama. agar saya tak perasan sendiri atau UBi tersipu-sipu malu. jika keadaan ini wujud saya takkan selesa.

[saya kalau boleh nak habiskan belajar dulu (terutama MSc. ni) baru saya nak fikir bab kahwin. sebab ibu bapa saya taknak saya terganggu dengan fikir pasal kahwin sebelum habis belajar. saya hormati kehendak ibu bapa saya.]


insyaAllah, saya masih yakin dengan Allah akan pilihan yang terbaik datang dariNya. doa ku pohon tanpa putus agar dipertemukan jodoh dengan UBi.

bukanlah saya berlagak atau menjual mahal, tetapi anda (yang menggunakan orang tengah ini) kena faham, saya ada fikiran dan hala tuju masa depan. jika ada lelaki yang baik untuk anda masuk merisik, jika rasa yakin lelaki itu boleh membimbingmu, janganlah tunggu diriku. kerana jawapanku tidak pasti.

hati perempuan sangat lembut dan halus. pasti jika aku mengenali mu, aku takut kamu terlalu mengharap. sebab itu saya tidak mahu kenal siapa diri anda. sehinggalah saya bersedia, insyaAllah saya akan hubungi semula orang tengah ini.

p/s: UBi pun berdoalah untuk mendapat suami yang baik. bukan saya. saya tidak semestinya baik. banyak lelaki lain yang lebih baik. InsyaAllah semoga dipertemukan Allah.