Saturday, June 16, 2012

Tarbiyatul Awlad

"sekarang saya sedang membaca buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam."

[teringat pesan seorang naqib yang meminta ku membaca buku Abdullah Nasih Ulwan ini. 
pada awalnya, saya menolak untuk membaca buku ini kerana daripada tajuk buku ini 'Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam' untuk bahan bacaan pasangan suami isteri. malahan saya belum bersedia untuk bernikah atau merancang untuk mendirikan rumah tangga. naqib membetulkan dan berkata bahawa buku ini bukan setakat mendidik anak-anak, ia adalah kerangka dan panduan sebelum kita bernikah sehinggalah cara mendidik anak-anak kita nanti.]

UBi, saya tidak mengenal dirimu, tetapi saya juga turut menggalakkan kamu membaca buku ini. adalah menjadi harapanku agar UBi, seorang yang minat membaca dan kelak kamu yang akan membacakan apa sahaja buku buatku nanti. sedikit sebanyak masaku dapat dipendekkan untuk membaca beratus buku dalam bilik ini. dalam tempoh seminggu ini aku baru baca 2 Fasal sekitar 30 muka surat. InshaAllah akan saya titipkan di sini.

Buku ini adalah terjemahan yang saya peroleh daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM. Prof. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan lahir pada 1928 di Syria. beliau merupakan tokoh ulama yang terkenal dan telah meninggal dunia pada tahun 1987. boleh rujuk biografi beliau [di sini]

UBi 1: panggilan telefon

"ini adalah pos pertamaku khusus buat UBi."

[UBi tahu tak kenapa saya memilih UBi sebagai kata pendek buat dirimu?
kenapa abjad U dan B dibesarkan (capital) dan abjad i dikecilkan?
janganlah beranggapan yang negatif, pendekan ini hanya yang positif buatmu. 
inshaAllah, saya akan beritahu UBi kelak.]
 
dalam kehidupan seharianku, saya telah melihat suatu situasi yang perlu UBi ingati.
di awal perkahwinan, pastilah layanan seorang isteri dan suami adalah sangat baik dari sudut pergaulan dan sopan santun tingkahlakunya. seorang isteri sememangnya perlu menghormati dan melayani suaminya dengan sangat baik tanpa kira penat dan lelah seharian. tetapi bagaimana untuk menghadapi semua ini selama bertahun-tahun yang akan datang?

situasi ini berlaku di depan mata saya, hal rumah tangga orang memang saya takut untuk masuk campur. jadi, saya hanya berdiam diri dan berharap agar UBi tidak melakukan perkara yang sama. situasi ini berlaku apabila seorang isteri ini bercakap dengan suaminya di dalam telefon dengan gaya yang malas-malas. Malas melayan panggilan suaminya. "ye, mungkin isteri itu punyai masalah di tempat kerja" atau mungkin mereka ada masalah lain. tetapi, setiap kali isteri itu berkata-kata, kedengaran seperti hendak menyalahkan tindakan suaminya dan memperlinya. malahan, kelihatan reaksi muka isteri itu yang masam melayani panggilan (meskipun suaminya tidak nampak reaksi muka isterinya), saya terasa sangat tidak patut.

mereka sudah berkahwin hampir setahun setengah, dan ini bukan kali pertama saya melihat isterinya sebegini. saya tidak layak untuk berkata apa-apa, sebab saya tidak punya isteri dan saya belum mejadi seorang suami. namun, saya sudah dapat membayangkan, jika UBi melayan saya sebegini dalam panggilan telefon, pastilah saya akan berasa sangat kecil hati. Oleh itu, jika UBi tak puas hati atau tak selesa dengan saya beritahulah dengan sejujurnya, agar perasaan ini kita dapat perbaiki untuk kesejahteraan kita di akhirat nanti. InshaAllah.