Pilihan Hati

[kemaskini pada 2 November 2012]

Pilihan Hati
pasti beliau seorang perempuan yang beragama islam yang faham mengapa beliau menganut islam dan mengamalkan akhlak islam.

1. perempuan yang tahu menutupi auratnya. 
beliau tahu batasan auratnya iaitu seluruh tubuh badannya dari kepala sehingga ke kakinya kecuali wajah dan tangannya. pakaiannya meskipun menutupi auratnya, harapnya beliau tidak memakai kain yang jarang, tidak memakai kain yang apabila terkena cahaya matahari ternampak bayangan, tidak memakai baju atau seluar yang ketat dan sendat.

"tidak mengatakan perlunya beliau berjubah dan bertudung labuh, tetapi jika begitu penampilannya, semoga Allah anugerahkan suami yang layak dan baik bagi perempuan itu"

2. perempuan yang boleh memandu kereta.
bukanlah menjadi syarat wajib, tetapi bagiku inilah keperluan masa kini. bergerak boleh berbagai cara, dengan berkaki pun boleh. tetapi bagaimana jika destinasi berjauhan atau bersama dengan orang tua yang tidak mampu berjalan? andai kelak nanti aku berkerja di tempat yang berasingan atau berjauhan, maka ini takkan menjadi masalah bagi isteriku untuk bergerak. tanpa perlu menunggu ku berada di sisinya.


....

No comments:

Post a Comment