Monday, July 9, 2012

Sebarkan Cinta-Mu

"mesti UBi terasa jiwangnya ayat pagi-pagi ini"

[sekarang saya sedang membaca buku Fatimah Syarha Mohd Noordin. tajuk novel yang indah ini seperti di atas. Sebarkan Cinta-Mu. inilah kisah kali pertama terpandang buku novel ini semasa di UPM. Kawan saya daripada Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM membuat jualan buku dan baju di Kompleks Mahasiswa UPM, dan saya mengambil kesempatan untuk menumpang majalah solusi dan fardu ain. lantas, saya terpandang novel hijau ada gambar burung merpati. pepatah 'dont judge a book by its cover' tidak berkesan bagi saya. saya tetap menilai buku daripada kulit nya! ditambah lagi dengan nama penulis yang aku cukup minat penulisannya.']

hehe.. panjang pula muqaddimah di atas. novel pertama Fatimah Syarha Mohd Noordin atau FSMN yang saya pernah baca adalah Syabab Musafir Kasih. novel itu telah berjaya membuat saya rasa seolah saya telah masuk dalam plot cerita itu. dan ia sangat berkait dengan kehidupanku seharian dan sekaligus mendidik diriku sendiri. berbalik kepada novel Sebarkan Cinta-Mu atau SCM, memang aku tak fikir panjang, aku tak beli novel ini. sebab duit masa ini memang tiada. kalau saya beli, memang saya akan korbankan duit simpanan yang lain. Alhamdulillah tahun lepas ada pesta buku islami di KL Sentral. saya beli buku ini semasa saya masih bertongkat. punya gigih saya datang ke sini. bagiku, keazaman untuk menguatkan kaki hanya dengan cara ini iaitu banyakkan berjalan. jangan manjakan kaki yang patah ini.

setelah setengah tahun berlalu, baru kini sempat ku membaca novel SCM ini dan kandungannya sangat tidak mengecewakan. meskipun ia sesuai kalau dibaca oleh pembaca perempuan macam anda. jadi, bacalah novel ini. saya akan kongsikan sedikit demi sedikit nanti. InshaAllah.

"suka kalau UBi boleh menulis novel atau mempunyai imaginasi berkarya sebegini."


Thursday, July 5, 2012

TAFi 2: perkahwinan ialah fitrah

"saya titipkan hasil bacaan daripada buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam (TAFi)"

fasal pertama buku ini menyentuh tentang perkahwinan contoh dan hubungannya dengan pendidikan. dalam fasal atau bab ini, penulis belum mahu memfokuskan kepada asas-asas perkahwinan. tetapi penulis ingin menjelaskan secara mendalam kenapa islam menggalakkan perkahwinan. 3 perkara iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kedua, perkahwinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan ketiga, perkahwinan merupakan penelitian dan pemilihan.


mungkin saya berkongsi sedikit kefahaman saya daripada perkara pertama iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia. penulis berkongsi sebuah hadis yang saya pernah dengar sebelum ini, mungkin UBi belum pernah tahu (riwayat albukhari dan muslim).


[tiga sekeluarga telah pergi ke rumah-rumah isteri-isteri Rasulullah bertanyakan mengenai ibadat Nabi Muhammad SAW dan bila diberitahu, mereka berasa begitu sedikit. Kemudian berkata, "dimanalah kita berbanding dengan kedudukan Rasulullah? sesungguhnya ia telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang". salah seorang dari mereka berkata; bagi saya, saya akan sembahyang malam selama-lamanya". orang kedua lalu berkata; saya akan puasa sepanjang masa , tidak akan buka". orang ketiga berkata pula, " saya akan tinggalkan perempuan-perempuan dan tidak akan kahwin langsung." bila masa Rasululullah datang, ia bertanya kepada mereka, " adakah kamu berkata itu? demi Allah sayalah yang lebih takut dan bimbang pada Allah, dan sayalah yang lebih bertaqwa padaNya, tetapi saya puasa dan buka, sembahyang dan tidur, dan mengahwini perempuan jadi sesiapa yang tidak suka sunnahku, sesungguhnya ia bukan dari golonganku.]


hadis ini mengajar kita tentang sunnah nabi Muhammad. lihatlah Nabi yang maksum atau terpelihara daripada dosa tetap bersolat, berpuasa dan berkahwin. Baginda memang layak dicontohi kerana baginda juga manusia seperti kita, baginda makan, minum, tidur. baginda bukanlah malaikat yang sukar untuk kita contohi. malaikat tidak tidur dan tidak makan, jelas, malaikat bukan sefitrah dengan manusia. perlukah kita contohi malaikat yang tercipta daripada cahaya? rasulullah adalah sefitrah dengan kita, juga diciptakan daripada tanah. contohilah baginda melalui sunnahnya (makan dengan sederhana, kehidupan yang sentiasa mengingati Allah) kenapa? sebab baginda adalah contoh manusia yang terbaik. setiap perlakuan dan akhlaknya adalah untuk kesejahteraan manusia. bagaimana cara kita makan, cara kita mandi, berbudi bahasa, bersolat dan banyak lagi. apatah lagi dalam hal perkahwinan.

dalam kehidupan sekarang, kita pasti mempunyai idola sendiri. pernah saya tanya seorang adik ini, "siapa idolanya?" beliau menjawab Siti Nurhaliza. jika kita cuba fikir, kenapa adik-adik kecil ini mengganggap idolanya Siti Nurhaliza? Siti Nurhaliza mempunyai suara yang merdu, semua orang kenal beliau, ada suami yang kaya raya, cantik dan menawan. pasti ada juga yang memilih orang kaya atau tokoh pemimpin sebagai idola. memang fitrah manusia akan memilih idola yang mereka suka daripada golongan yang hebat dari mereka. tidak mungkin mereka akan memilih orang yang rendah taraf untuk menjadi idola. betul tak, UBi?
takkan lah mereka hendak memilih penagih dadah sebagai idola. tetapi kenapa tak ramai yang nak menjadikan idola mereka ialah Nabi Muhammad? mungkin kah sebab mereka tak nampak dan tak kenal?

UBi, sesungguhnya fitrah manusia atau naluri hati manusia itu adalah sama dan ia boleh terpesong bila-bila masa jika tidak dipandu betul-betul. zaman sekarang sudah berlaku pemesongan fitrah, iaitu hubungan sejenis. mereka menganggap ini sebagai fitrah semulajadi manusia. siapa nak menjawab hal ini, UBi? kalau anak-anak kita bertanya nanti tentang fitrah hubungan sejenis, bagaimana kita nak jawab, UBi?

p/s: pastilah berbalik kepada contoh terbaik kita. fitrah kita perlu kembali kepada sunnah Nabi. kerana Nabi Muhammad adalah manusia yang terbaik. lihat idola kita.





UBi 2: tidak berkerja

"saya hanya berpendapat, bagaimana pandangan UBi?"

[UBi mesti selalu melihat ramai wanita yang berkerja untuk membantu suami mereka. bagi pandangan UBi, jika UBi hanya menjadi suri rumah sahaja, adakah UBi sanggup?"

saya sering melihat di sana sini, ramai ibu-ibu yang berkerja untuk menampung suaminya. sememangnya, ia bukanlah halangan dalam agama, malah, saya di sini bukan berniat untuk menghukum atau memberi hukum. tetapi bagi saya, seorang ibu yang berkerja pasti ia tersangat penat. hendak mengurus hal kerja dan hal keluarga. saya tidak dapat nafikan bahawa wanita sangat rajin dan boleh buat banyak kerja dalam satu masa. namun, saya masih khuatir apabila sudah mempunyai anak-anak, bagaimana? adakah UBi masih mampu nak berkerja? atau fokus kepada mendidik anak-anak?

dalam zaman kini, pelbagai kemudahan untuk kita tempatkan anak-anak di pusat jagaan atau tempat asuhan sementara. tiada masalah juga untuk mencari orang gaji untuk membantu urusan UBi. tiada halangan juga jika mahu meletakkan anak-anak pada ibu bapa kita sendiri. tetapi berbaloikah buat kita? saya tidak merasa ini adalah cara terbaik untuk membiarkan anak-anak dididik oleh orang lain. sepatutnya, air tangan kita lah yang melentur anak-anak kita sendiri. supaya dengan ini kita tidak akan salahkan orang lain, jika anak kita tersalah didikan apabila besar.

jawatan suri rumah ternampak bosan bagi seorang wanita. tetapi inshaAllah saya ada tugas untuk menarik dan mencantikkan tugas sebagai seorang isteri dan ibu. namun, saya perlu juga dengar pandangan UBi dulu sebelum saya beritahu saranan saya.