Thursday, July 5, 2012

TAFi 2: perkahwinan ialah fitrah

"saya titipkan hasil bacaan daripada buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam (TAFi)"

fasal pertama buku ini menyentuh tentang perkahwinan contoh dan hubungannya dengan pendidikan. dalam fasal atau bab ini, penulis belum mahu memfokuskan kepada asas-asas perkahwinan. tetapi penulis ingin menjelaskan secara mendalam kenapa islam menggalakkan perkahwinan. 3 perkara iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kedua, perkahwinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan ketiga, perkahwinan merupakan penelitian dan pemilihan.


mungkin saya berkongsi sedikit kefahaman saya daripada perkara pertama iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia. penulis berkongsi sebuah hadis yang saya pernah dengar sebelum ini, mungkin UBi belum pernah tahu (riwayat albukhari dan muslim).


[tiga sekeluarga telah pergi ke rumah-rumah isteri-isteri Rasulullah bertanyakan mengenai ibadat Nabi Muhammad SAW dan bila diberitahu, mereka berasa begitu sedikit. Kemudian berkata, "dimanalah kita berbanding dengan kedudukan Rasulullah? sesungguhnya ia telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang". salah seorang dari mereka berkata; bagi saya, saya akan sembahyang malam selama-lamanya". orang kedua lalu berkata; saya akan puasa sepanjang masa , tidak akan buka". orang ketiga berkata pula, " saya akan tinggalkan perempuan-perempuan dan tidak akan kahwin langsung." bila masa Rasululullah datang, ia bertanya kepada mereka, " adakah kamu berkata itu? demi Allah sayalah yang lebih takut dan bimbang pada Allah, dan sayalah yang lebih bertaqwa padaNya, tetapi saya puasa dan buka, sembahyang dan tidur, dan mengahwini perempuan jadi sesiapa yang tidak suka sunnahku, sesungguhnya ia bukan dari golonganku.]


hadis ini mengajar kita tentang sunnah nabi Muhammad. lihatlah Nabi yang maksum atau terpelihara daripada dosa tetap bersolat, berpuasa dan berkahwin. Baginda memang layak dicontohi kerana baginda juga manusia seperti kita, baginda makan, minum, tidur. baginda bukanlah malaikat yang sukar untuk kita contohi. malaikat tidak tidur dan tidak makan, jelas, malaikat bukan sefitrah dengan manusia. perlukah kita contohi malaikat yang tercipta daripada cahaya? rasulullah adalah sefitrah dengan kita, juga diciptakan daripada tanah. contohilah baginda melalui sunnahnya (makan dengan sederhana, kehidupan yang sentiasa mengingati Allah) kenapa? sebab baginda adalah contoh manusia yang terbaik. setiap perlakuan dan akhlaknya adalah untuk kesejahteraan manusia. bagaimana cara kita makan, cara kita mandi, berbudi bahasa, bersolat dan banyak lagi. apatah lagi dalam hal perkahwinan.

dalam kehidupan sekarang, kita pasti mempunyai idola sendiri. pernah saya tanya seorang adik ini, "siapa idolanya?" beliau menjawab Siti Nurhaliza. jika kita cuba fikir, kenapa adik-adik kecil ini mengganggap idolanya Siti Nurhaliza? Siti Nurhaliza mempunyai suara yang merdu, semua orang kenal beliau, ada suami yang kaya raya, cantik dan menawan. pasti ada juga yang memilih orang kaya atau tokoh pemimpin sebagai idola. memang fitrah manusia akan memilih idola yang mereka suka daripada golongan yang hebat dari mereka. tidak mungkin mereka akan memilih orang yang rendah taraf untuk menjadi idola. betul tak, UBi?
takkan lah mereka hendak memilih penagih dadah sebagai idola. tetapi kenapa tak ramai yang nak menjadikan idola mereka ialah Nabi Muhammad? mungkin kah sebab mereka tak nampak dan tak kenal?

UBi, sesungguhnya fitrah manusia atau naluri hati manusia itu adalah sama dan ia boleh terpesong bila-bila masa jika tidak dipandu betul-betul. zaman sekarang sudah berlaku pemesongan fitrah, iaitu hubungan sejenis. mereka menganggap ini sebagai fitrah semulajadi manusia. siapa nak menjawab hal ini, UBi? kalau anak-anak kita bertanya nanti tentang fitrah hubungan sejenis, bagaimana kita nak jawab, UBi?

p/s: pastilah berbalik kepada contoh terbaik kita. fitrah kita perlu kembali kepada sunnah Nabi. kerana Nabi Muhammad adalah manusia yang terbaik. lihat idola kita.





No comments:

Post a Comment